25 November 2015

Kajian Ilmiah

Original Text

Bagaimanakah caranya untuk menghasilkan sebuah kajian ilmiah yang baik?

Kebanyakan penyelidik berusaha menyusun maklumat-maklumat yang diperolehi daripada pelbagai sumber yang berbeza. Namun, kesilapan yang sering dilakukan oleh mereka (terutamanya yang masih baru) dalam membincangkan kajian ilmiah ialah mereka sekadar membuat penerangan dalam bentuk ringkasan terhadap sumber-sumber ini secara individu dan bukannya membuat analisis dan sintesis terhadap sumber-sumber tersebut.

Sebenarnya, analisis dan sintesis secara kritikal melibatkan beberapa perkara iaitu:
  • Pertimbangan terhadap kekuatan dan kelemahan pada konsep dan metodologi dalam kajian yang dibincangkan;
  • Hubungkait antara satu sumber dengan sumber yang lain;
  • Mengenalpasti bahagian tumpuan dan serakan yang dilakukan oleh penyelidik lain dalam bidang kajian; dan
  • Persoalan-persoalan yang belum terjawab dalam kajian anda.
Terdapat beberapa alat (tools) yang boleh digunakan dalam membantu anda membuat analisis dan sintesis terhadap sumber utama anda. Artikel ini akan memperkenalkan penggunaan jadual/matriks sintesis bagi menyusun sumber-sumber dalam kajian ilmiah anda dan menggabungkan/ mengintegrasikan sumber-sumber tersebut menjadi satu terjemahan yang unik supaya dapat menjadi dasar dalam penyelidikan anda dan menyumbang kepada perbincangan dalam kajian anda seterusnya membina kredibiliti anda sebagai seorang ilmuan.


Contoh 1

Contoh pertama ini menggunakan jadual yang disusun mengikut sumber kajian dalam topik yang khusus. Ia dilaksanakan dengan mengenalpasti enam hingga dua belas kajian yang berkait rapat dengan kajian anda yang dijadikan asas dalam laporan kajian anda. Pada lajur pertama dalam jadual tersebut, senaraikan nama penulis dan tahun terbitan. Pada lajur-lajur seterusnya, senaraikan:
  1. Tujuan kajian atau soalan penyelidikan yang diutarakan oleh penulis.
  2. Kaedah/method yang digunakan dalam kajian.
  3. Ciri-ciri sampel.
  4. Penemuan/dapatan utama dalam kajian tersebut.
  5. Idea pokok /utama yang diperolehi hasil daripada dapatan.
  6. Bagaimana dapatan tersebut mengesahkan dapatan daripada kajian lain.
  7. Bagaimana dapatan tersebut berbeza daripada kajian lain serta menambah maklumat baru yang tiada dalam kajian lain.
Rajah di bawah menunjukkan contoh jadual sintesis yang dibina berdasarkan penerangan yang dinyatakan di atas.
Rajah 1. Penggunaan jadual sistesis bagi Contoh 1. 

Contoh 1 tersebut diambil daripada kajian yang dlakukan oleh Karen, salah seorang pelanggan ACS. Karen melakukankajian terhadap gelandangan golongan wanita tua dan beliau mendapati kebanyakan kajian terdahulu melihat kepada delandangan lelaki manakala kajian terhadap gelandangan wanita pula lebih tertumpu pada gelandangan wanita muda. Beliau berjaya mengenalpasti tujuh kajian yang memfokus kepada gelandangan wanita tua. Dengan menggunakan jadual ini, Karen mampu mengenalpasti isu utama berkaitan gelandangan wanita tua. Kemudia beliau dapat menyusun kajian ilmiahnya berkisar isu ini iaitu; apakah laluan keluar dari gelandangan bagi wanita tua, profil golongan ini, kekangan dalam membina hubungan bagi mereka dan daya tahan golongan tersebut.

Contoh 2

Header yang digunakan dalam jadual sintesis mungkin pelbagai, bergantung kepada sifat kajian anda dan ke manakah perdebatan yang ingin anda bangkitkan. Sebagai contoh, seandainya anda melaksanakan satu kajian kualitatif dan tidak pasti apakah teori-teori yang disokong oleh dapatan anda, maka anda boleh mempertimbangkan untuk menambahkan satu lajur berkaitan penerangan teori bagi membantu anda melihat kerangka konsep yang dibina dan digunakan oleh penyelidik lain.

Rajah 2 di bawah menunjukkan jadual yang mungkin membantu dalam proses semakan method dan kekangan bagi kajian kuantitatif.

Rajah 2. Penggunaan pembolehubah dalam jadual boleh membantu analisis terhadap method kajian.
Rajah 3. Jadual yang disusun mengikut kesesuaian pembolehubah dalam Contoh 2.

Dalam contoh 2, Patti sedang melihat kepada perhubungan antara kepimpinan pengetua dan keberkesanan guru. Didapati bahawa penemuan-penemuan terdahulu tidak berjaya memberi kesimpulan terhadap hubungan ini. Patti telah bercadang untuk menggunakan satu pengukuran kepimpinan pengetua bagi memperjelaskan kesan tingkah laku pengetua terhadap keberkesanan guru. Dalam jadualnya, anda akan mendapati bahawaPatti telah memasukkan lajur-lajur pembolehubah yang khusus digunakan oleh sumber-sumber beliau iaitu; skala yang digunakan dalam keberkesanan guru; skala yang digunakan dalam kepimpinan pengetua; serta bagaimana setiap sumber ini berkait dengan kajian semasa beliau.